Sunday, 2 February 2014

patah

saya hanya perlukan seseorang yang boleh saya tumpang bahunya,
yang boleh saya gapai tangannya
yang boleh hilagkan lelah saya,
yang mampu biarkan saya tertawa lepas

biar saat itu saya tak kan bahagia
biar saat itu hanya kepuraan
biar saat itu sementara
biar saat itu cuma lukisan saja

benarkan saya buat seketika.
sehingga akhirnya nafas saya terhenti

Thursday, 23 January 2014

Nek Wan

Sebetulnya memang Nek Wan yang menjemput saya di Stesen Bas. Itu rancangan awal. Tapi bila malam tadi, ketika saya masih dalam perjalanan pulang ke kampung, Pak Uda menelefon mengatakan Nek Wan jatuh sakit. Saya seperti mahu berlari. Resah dalam bas. Dada berdetak deras. Saya khuatir kesihatan Nek Wan.

Nek Wan jarang jatuh sakit, orang-orang *lama banyak petua dan pantang. Memikirkan tentang Nek Wan buat saya rasa sebak. Air mata saya tahankan dari menitis.

---

Orang ramai di rumah Nek Wan. Menziarahinya sebelum apa-apa kemungkinan. Nek Wan ramah, baik dan lemah lembut. Ramai yang menyukainya. Saya tak nafikan, kasih sayang saya pada Nek Wan melebihi kasih sayang saya pada Ayah.

Kalau bukan Nek Wan yang menjaga dan mendidik saya, entah apa akan jadi pada saya.

---

Nek Wan tenat. saya disisinya. Mengajarnya mengucap berulang-ulang kali. Air mata yang jatuh saya biarkan mengalir. Saya mahu Nek Wan pergi dengan tenang. Nek Wan menghembuskan nafasnya diribaan saya. Dengan wajah yang paling tenang pernah saya pandang. Seolah tidur setelah penat bekerja bertahun lamanya. Saya padamkan luka terpisah jasad dengan Nek Wan dan berdoa Nek Wan ditempatkan bersama mereka yang soleh,

--

Sejak ketiadaan Nek Wan, saya memutuskan untuk tinggal di rumahnya, menjaga kambing dan tanaman sayuran herbanya.

Bila pulang lewat, kadang Nisa yang tolong siram dan bajakan tanaman. Rindu pada arwah Nek Wan membuak. Acap kali bila mahu tidur, saya menangis sendirian. Kini sunyi seorang diri. Tiap Sabtu dan Ahad saya pulang ke rumah ayah.

Dan seperti biasa, telinga saya akan panas di sindir ibu tiri..entah apa yang dibencinya, saya juga bingung.

Monday, 13 January 2014

Terakhir

Malam lewat, saya masih bekerja
Saya sibukkan diri.
Saya mahu lupa segala yang sakit dan menyakitkan

Namun, hati dan fikiran tetap mahu berfikir dan mengingat
Dan bila saya keseorangan tidur sendirian
Saya akan menangis.

Walaupun saya sudah banyak kali berjanji.
Saya tewas

Saya tak mahu lagi hal lama berulang.
Tolong lah

saya mohon berdamai..
:'(

Thursday, 2 January 2014

:: satu ::

Sebenarnya tersangat rindu


Boleh jatuh sakit
bila terlalu
kerap
begini




dan seperti petang tadi
melihat sekeliling seperti berputar

dan

perut seakan akan mahu memuntahkan
segala isinya

lesu
dan

gagahinya juga
penuhkan setiap masa
dengan
pelbagai
kerja


Sungguh
 hati
sedang
hancur

satu
persatu

Friday, 6 September 2013

Detik

Sedang mengira waktu
Seolah-olah masa tidak bergerak

Atau hati sudah parah?

Perbezaan

Satu masa kita akan berasa terasing
Walau dengan orang yang kita kira paling rapat

Satu masa kita akan terasa jauh
Meskipun kita dengan dia sebelum ini selalu dekat


Sunday, 18 August 2013

TEMAN

Kita tahu setiap masa Allah melihat kita.
Di kiri dan kanan, catatan segala perbuatan.

Tapi kita tetap melakukan salah dan dosa.
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang mencemari hati-hati kita

LAMA

Kerana saat ikatan melemah,
 saat keakraban kita merapuh.

Saat salam terasa menyakitkan,
saat kebersamaan serasa siksaaan,
saat pemberian bagai bara api,
saat kebaikan justeru melukai.

Aku tahu, rombeng bukan ukhuwah kita.
Hanya iman kita yang sedang sakit, atau tak mengerti..

Friday, 19 July 2013

Hari Baik

Atas doa yang telah dipintalkan pada Tuhan
Hari ini aku dianugerahkan hari yang baik

Hati tenang.
Alhamdulillah

Thursday, 18 July 2013

Inspirasi

Saya mahu hati dilapangkan Tuhan seperti dia.
Tak perlu rasa khuatir tentang pelbagai perkara
Tak perlu tiap-tiap malam menangis sendirian
Tak perlu berpura-pura tenang dan tabah.

Saya hanya mahu setenang dia
Tidak resah tentang semua perkara ini

Boleh tak awak, ajarkan kita bagaimana caranya menjadi setenang awak?
T_T

Tuesday, 16 July 2013

Berbekalkan Tawakal

Saya serahkan seluruh hidup saya pada Tuhan.
Saya harap segala rencana yang telah saya buat ianya berjalan lancar dan dipermudahkan

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin." 
"YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Amin..

Bahagia



Aku lihat orang kurang siuman itu badannya gemuk berisi.
Aku lihat dia dalam keadaan senang.
Aku lihat dia tidur di kaki lima.  Dia berdengkur menandakan tidurnya sangat lena.
Aku lihat dia memakai pakaian lusuh dan compang camping
Aku lihat dia tanpa sepatu berjalan mundar mundir.
Aku lihat dia sendirian. Tidak menghiraukan orang lalu lalang.

Kemudia aku teringat pada seorang jiran yang aku temui bebarapa hari lepas.

Aku lihat rumahnya yang besar dan mewah.
Aku lihat wajahnya murum
Aku lihat dia mempunyai kereta dan pemandu
Aku lihat badannya kurus tidak bermaya
Aku lihat dia jarang tersenyum
Aku lihat dia sentiasa bercakap dengan seseorang di telefonnya. Wajahnya berkerut-kerut. Aku lihat dia sangat gusar dan khuatir.

Mungkin, ada orang kaya tapi hatinya hiba
Boleh jadi juga ada orang miskin tapi hatinya senang.

Jika dilihat pada aku, aku juga banyak rencana.
Mahu itu mahu ini.
Berhajat untuk itu berkeinganan pada ini.
Namun. Aku faham apa saja yang akan aku jalani hari ini perlu pada panduan.

Tempat baru



Tak tahu mahu menyesuaikan diri bagaimana.
Mahu senyap atau ramah.
Mahu bersama atau berasingan.

Monday, 15 July 2013

Di keramaian

Orang tak menyedari kita
Saat kita sendiri memilih untuk tak di kenali

Bahagia

Ketahuilah bahawa kita tak akan selamanya hidup bahagia.
Namun, bila bahagia menyapa..hargailah ia.
Laluilah ia dengan sepenuh hati.
Ibarat sedetik masa lagi kita akan kehilangan bahagia.

Saturday, 13 July 2013

RATNA


Suatu pagi
Yang masih kelihatan embun-embun dinihari tadi
Menemui Ratna yang membungkam kemas dalam lipatan kain lampin

Ada sang semut muncul, ia tidak tahu membezakan apa dihadapannya mula mengigit.
Ia juga lapar. 
Dan Ratna mula menangis.
Ratna dalam semak. 
Ratna dalam tenat

Muncul anjing mengoyang-goyangkan ekor
Hanya menanti masa untuk menggongong
Ratna makin keras mengangis. Badannya kesakitan digigit dimamah semut kelaparan
Suara tangis Ratna menakutkan anjing liar, mengejutkan Mak Leha balik dari surau

“ Itu suara tangis anak”
“ Hish, Bulan puasa mana ada hantu..”
“ Ada orang buang anak!”
“ Astaghfirullah..astaghfirullah..”

Mak Leha tunduk, mencari suara dalam semak. Sah. Memang anak tinggalan. Bukan anak pohon buluh. Bukan anak pohon semalu. Sah. Ini anak buangan.

Mak Leha kendong. Tangannya menggigil. Air mata deras mengalir. Jatuh menitik pada Ratna. Semut berlari ke atas kerudung Mak Leha. Mak Leha tak peduli semut yang itu. Kerana semut di badan Ratna Mak Leha lebih khuatir. Berpisat-pisat Mak Leha buang satu persatu semut kelaparan. Mak Leha kenyit sehingga habis perut semut pecah. Air mata jatuh mencurah lagi. Ratna masih menangis. Kesakitan di gigit semut dan mungkin tangisan kerana ditinggalkan!

AIB, KECELAAN, AKHLAK dan LAMAN SOSIAL

Bismillahirahmanirahim..

Pintu dikuak perlahan. Nirda masuk menemui Husna. Saat itu Husna masih memakai telekung, masih sedang asyik membaca kalam-kalam Allah.

Kemudian, Nirda berteleku dihadapan Husna. Mukanya tampak cemas. Basah dahinya,  ada butir-butir jernih peluh. Selesai Husna membaca Al-Quran, diangkat wajahnya memandang Nirda. Wajah cantik Nirda kelihatan mendung.  

“ Husna, enti kene tolong ana..ana tak tahu macamana nak hadapinya lagi..” rayu Nirda separuh berbisik. Dia seakan-akan mahu menangis.

“ Nir, enti kenapa? Enti kelihatan sangat gelisah”  Ditanggalkan kain telekung yang dipakainya. Seraya menutup Al-Quran rapat. Tangan lembut Husna menarik tangan Nirda, mengajak sahabat kesayangannya itu duduk bersama di atas katil.

“ Erm..ermm..” Nirda kelihatan sebak..dan selang beberapa saat terdengar esak tangis. Seolah-olah cukup berat dengan apa yang ditanggung. Husna mula memujuk..

“ Sayang, cuba bagitahu ana..kenapa ni? Insyallah ana tolong apa yang terdaya..”

“Ukhti, sebenarnya ada seseorang telah menjatuhkan maruah ana..”

“ Apa maksudmu itu Nird?”

  Ana juga bukan manusia baik, masa lampau ana dulu Hus, enti tahu kan? Tapi itu ana yang dahulu..ana bukannya bermaksud bahawa ana yang sekarang sudah suci..ana masih kotor dan berdosa..bilamana ada sesetengah manusia yang membuka lembaran kehidupan ana pada masa lalu, ana jadi kaget Hus.  Ana seakan rebah dalam semak.  Ana seolah-olah hancur. .” suara tangisan Nirda semakin menjadi-jadi. Husna memeluk Nirda kemas..

“ Seseorang mengupload masuk photo-photo ana dahulu di laman sosialnya “  dan setelah habis ayat itu suara tangis Nirda semakin jelas. Menikam telingan dan hati Husna. Luluh hatinya..

“Astgahfirullah hal azim..mengucap sayang..ukhti harus kuat. Ukhti perlu cekal sayang..” bahu Nirda digenggam kemas, sesekali tangannya menggosok lembut belakang Nirda..kemudian dibisikkan kata-kata semangat k e telinga sahabat karibnya itu.

“ Atas alasan apa mereka lakukan semua itu Hus? Mahu menunjuk kecelaan ana? Mahu menunjuk bagaimana wajah dan tingkah laku ana? Mahu seluruh dunia ini mengejek dosa-dosa yang ana lakukan dulu?..”

“ Allahu allah..” dan akhirnya Husna juga turut menangis. Memahami sakit yang dirasakan sahabatnya.

“Bila Allah telah menguji enti dalam keadaan dan cobaan seperti ini, Dia sudah mengetahui enti mampu hadapinya. Kalaulah mereka mahu mencarik-carik  maruah enti sekarang, biarkanlah sayang..Akhirat nanti Allah pasti akan memelihara semua aib enti dari pandangan seluruh manusia dari seluruh alam. Biarkan mereka lakukan apa saja. Dan kita disini sayang, kita berdoa. Dan sekejap nanti ana akan menemui orang yang menikam belakangmu itu. Dan ana akan selesaikannya secara aman. Enti jangan menangis lagi. Bersiaplah dan temuilah Tuhan dalam sholat mu..Dan enti  tidur saja disini. Insyallah bila Nird bangkit keesokan harinya semuanya sudah selesai..”

***

Ada insan  hatinya berasa lapang membuka kesakitan orang
Ada insan  sangat senang membaca perilaku orang
Sedang dirinya sendiri penuh dosa dan noda.
Sedang dirinya sendiri masih banyak khilaf.

***

Membiarkan maruah orang dipertontonkan, cukup besar dosanya. Mungkin bagi kita, ia hanya perkara kecil. Tidak tercalar sedikitpun hati kita. Kerana bukan kita yang berada ditempat itu. Cobalah kita sendiri yang merasa apa yang dirasakan oleh orang yang diperlakukan kejam dan fahamilah apa yang dirasakan mereka. Kita akan faham dan kita tidak akan mencalarkan maruah mereka sewenang-wenangnya.

Dan tentang dosa, bukan kita yang mengampunkan atau menerima taubat. Bukan kita wahai sahabat. Tetapi Allah Azzawajalla lah yang menerima semuanya.

Sedarkah kita bahawa, jika hari ini kita membuka aib orang..Tuhan juga akan melakukan hal sama pada kita. Jangan fikir bahawa kita akan selalu hidup bahagia selamanya. Lambat laun kita juga akan diuji.




Wednesday, 26 June 2013

Bongkak

Engkau rasa semua orang tak boleh lebih dari engkau
Kalaulah ada orang yang hampir setanding dengan engkau, engkau pergi tabur fitnah kata dia macam-macam hingga semua kawan-kawan sekeliling engkau pandang dia jijik sebelah mata.

Engkau bijak
Bijak cari peluang.

Engkau tak ada hati
Engkau meludah merata-rata
Engkau tak kisah ada yang meratapi
Sakit kene hentam dengan engkau

Kalaupun engkau rasa dunia ini
kekal selamanya,

Engkau kene ingat tak selamanya engkau hidup.
Firaun yang paling lama hidup pun mati hanya sebab nyamuk masuk hidung

Apa yang engkau mahu angkuh terlampau
Cuba engkau khabarkan?

Engkau lupa firman Allah 
(Surah Luqman: ayat 18)
  
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
  

Moga engkau cepat berubah, 
aku mahu engkau yang lama, 
engkau yang sangat merendah diri dan baik hati.

Thursday, 13 June 2013

Hujan

Apakah tanahmu masih basah?
Saat disini sedang kering tanpa air

Adakah hatimu masih panas dan amarah?
Saat disini hatiku disini sedang berduka meratap

Apakah yang kau khuatir?
Saat apa yang kau hajati tertunai dan sudah berakhir..


Awan

Kadang-kadang saya harap awak ketawa bersama saya dari awak ketawa bersama lappy awak. Kadang-kadang saya cemburu bila awak boleh berbual mesra dengan yang lain sedang dengan saya awak hanya bercakap sepatah-sepatah.

Mungkin, pada saat ini awak tak lagi sayang saya seperti awal-awal dahulu. Atau mungkin sekarang kita sedang salah faham..

Saya membilang masa, membilang waktu. 
Saat itu, awak berpaling pada saya dan melemparkan senyuman manis seperti biasa.

Sedang rindu awak yang sebelum ini
Mohon awak kembali.

Saya masih sayang. Saya masih seperti dulu.