Wednesday 8 May 2013

Buta

Banyak orang yang sedang susah saya temui hari ini. Dan ada sesetengah daripada mereka saya beri pertolongan hanya apa yang termampu.

Dan hari ini, saya juga mengalami beberapa kesulitan. Awalnya, semuanya dimudahkanNya, sehinggalah perjalanan dan urusan menjadi sukar. Iya, saya fikir itu sukar. Itu cuma tekaan saya.

Selesai urusan saya diluar, saya balik ke rumah. Menunggu bus dari jam 3 berubah ke jam 5. Saya masih cuba bersabar. Dan di hadapan saya, Allah tunjukkan beberapa insan lain yang lagi susah. Ibu bersama dua orang anak yang masih kecil; mak cik yang sedang uzur mengendong beberapa beg; dan orang tua yang kakinya mungkin cedera sedang menahan terik mentari. Sedang saya hanya menjinjing handbag di bahu. Dan masih mampu membeli air mineral menghilang dahaga. Allah Allah Allah

Apakah sakit kita terlalu sakit?
Apakah perit kita terlalu perit?
Apakah derita kita terlalu derita?
Apakah dugaan kita sudah tak terduga?

Dan saat itu saya masih mengeluh dan menangis, Seakan saya mengalami pahit yang terlalu sakit..walhal, ia cuma sedikit. Cuma disebabkan buta mata hati..

" Kita fikir hanya susah kita..kita lupa bahawa insan lain lagi susah, 
Kita fikir ujian sebegini tidak layak bagi kita..kita lupa bahawa insan lain tak pernah merungut dengan apa yang Allah timpakan pada mereka.."

Hanya selepas sebentar tadi, selang beberapa minit sebentar tadi..Allah bukakan pintu hati saya. Dan Alhamdulillah, ia masih tak terlewat..saya masih disini. Masih sihat seperti sebelum ini. Cuma hati, masih perlu dibaiki..
Ad-Dhuha Ayat : 11
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut sebagai bersyukur kepada-Nya.