Pintu dikuak perlahan. Nirda masuk menemui
Husna. Saat itu Husna masih memakai telekung, masih sedang asyik membaca kalam-kalam
Allah.
Kemudian, Nirda berteleku dihadapan Husna.
Mukanya tampak cemas. Basah dahinya, ada
butir-butir jernih peluh. Selesai Husna membaca Al-Quran, diangkat wajahnya memandang
Nirda. Wajah cantik Nirda kelihatan mendung.
“ Husna, enti kene tolong ana..ana tak tahu macamana nak hadapinya lagi..”
rayu Nirda separuh berbisik. Dia seakan-akan mahu menangis.
“ Nir, enti
kenapa? Enti kelihatan sangat gelisah” Ditanggalkan kain telekung yang dipakainya.
Seraya menutup Al-Quran rapat. Tangan lembut Husna menarik tangan Nirda,
mengajak sahabat kesayangannya itu duduk bersama di atas katil.
“ Erm..ermm..” Nirda kelihatan sebak..dan
selang beberapa saat terdengar esak tangis. Seolah-olah cukup berat dengan apa
yang ditanggung. Husna mula memujuk..
“ Sayang, cuba bagitahu ana..kenapa ni? Insyallah ana tolong apa yang terdaya..”
“Ukhti, sebenarnya ada seseorang telah
menjatuhkan maruah ana..”
“ Apa maksudmu itu Nird?”
“ Ana juga bukan manusia baik, masa lampau
ana dulu Hus, enti tahu kan? Tapi itu ana
yang dahulu..ana bukannya bermaksud
bahawa ana yang sekarang sudah suci..ana masih kotor dan berdosa..bilamana
ada sesetengah manusia yang membuka lembaran kehidupan ana pada masa lalu, ana jadi kaget Hus. Ana
seakan rebah dalam semak. Ana seolah-olah hancur. .” suara
tangisan Nirda semakin menjadi-jadi. Husna memeluk Nirda kemas..
“ Seseorang mengupload masuk photo-photo ana
dahulu di laman sosialnya “ dan setelah
habis ayat itu suara tangis Nirda semakin jelas. Menikam telingan dan hati
Husna. Luluh hatinya..
“Astgahfirullah hal azim..mengucap sayang..ukhti harus kuat. Ukhti perlu cekal sayang..” bahu Nirda digenggam kemas, sesekali
tangannya menggosok lembut belakang Nirda..kemudian dibisikkan kata-kata
semangat k e telinga sahabat karibnya itu.
“ Atas alasan apa mereka lakukan semua itu
Hus? Mahu menunjuk kecelaan ana? Mahu
menunjuk bagaimana wajah dan tingkah laku ana?
Mahu seluruh dunia ini mengejek dosa-dosa yang ana lakukan dulu?..”
“ Allahu allah..” dan akhirnya Husna juga turut
menangis. Memahami sakit yang dirasakan sahabatnya.
“Bila Allah telah menguji enti dalam keadaan dan cobaan seperti
ini, Dia sudah mengetahui enti mampu
hadapinya. Kalaulah mereka mahu mencarik-carik
maruah enti sekarang, biarkanlah
sayang..Akhirat nanti Allah pasti akan memelihara semua aib enti dari pandangan seluruh manusia dari
seluruh alam. Biarkan mereka lakukan apa saja. Dan kita disini sayang, kita
berdoa. Dan sekejap nanti ana akan
menemui orang yang menikam belakangmu itu. Dan ana akan selesaikannya secara aman. Enti jangan menangis lagi. Bersiaplah dan temuilah Tuhan dalam
sholat mu..Dan enti tidur saja disini. Insyallah bila Nird bangkit
keesokan harinya semuanya sudah selesai..”
***
Ada insan hatinya berasa lapang membuka kesakitan orang
Ada insan sangat senang membaca perilaku orang
Sedang dirinya sendiri penuh dosa dan noda.
Sedang dirinya sendiri masih banyak khilaf.
***
Membiarkan maruah orang dipertontonkan,
cukup besar dosanya. Mungkin bagi kita, ia hanya perkara kecil. Tidak tercalar
sedikitpun hati kita. Kerana bukan kita yang berada ditempat itu. Cobalah kita
sendiri yang merasa apa yang dirasakan oleh orang yang diperlakukan kejam dan
fahamilah apa yang dirasakan mereka. Kita akan faham dan kita tidak akan
mencalarkan maruah mereka sewenang-wenangnya.
Dan tentang dosa, bukan kita yang
mengampunkan atau menerima taubat. Bukan kita wahai sahabat. Tetapi Allah
Azzawajalla lah yang menerima semuanya.
Sedarkah kita bahawa, jika hari ini kita
membuka aib orang..Tuhan juga akan melakukan hal sama pada kita. Jangan fikir
bahawa kita akan selalu hidup bahagia selamanya. Lambat laun kita juga akan diuji.
No comments:
Post a Comment