Engkau rasa semua orang tak boleh lebih dari engkau
Kalaulah ada orang yang hampir setanding dengan engkau, engkau pergi tabur fitnah kata dia macam-macam hingga semua kawan-kawan sekeliling engkau pandang dia jijik sebelah mata.
Engkau bijak
Bijak cari peluang.
Engkau tak ada hati
Engkau meludah merata-rata
Engkau tak kisah ada yang meratapi
Sakit kene hentam dengan engkau
Kalaupun engkau rasa dunia ini
kekal selamanya,
Engkau kene ingat tak selamanya engkau hidup.
Firaun yang paling lama hidup pun mati hanya sebab nyamuk masuk hidung
Apa yang engkau mahu angkuh terlampau
Cuba engkau khabarkan?
Engkau lupa firman Allah
(Surah Luqman: ayat 18)
"Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau
berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
Moga engkau cepat berubah,
aku mahu engkau yang lama,
engkau yang sangat merendah diri dan baik hati.
No comments:
Post a Comment