Suatu pagi
Yang masih kelihatan embun-embun dinihari
tadi
Menemui Ratna yang membungkam kemas dalam lipatan
kain lampin
Ada sang semut muncul, ia tidak tahu membezakan apa dihadapannya mula mengigit.
Ia juga lapar.
Dan Ratna mula menangis.
Ratna dalam semak.
Ratna dalam tenat
Dan Ratna mula menangis.
Ratna dalam semak.
Ratna dalam tenat
Muncul anjing mengoyang-goyangkan ekor
Hanya menanti masa untuk menggongong
Ratna makin keras mengangis. Badannya
kesakitan digigit dimamah semut kelaparan
Suara tangis Ratna menakutkan anjing liar,
mengejutkan Mak Leha balik dari surau
“ Itu suara tangis anak”
“ Hish, Bulan puasa mana ada hantu..”
“ Ada orang buang anak!”
“ Astaghfirullah..astaghfirullah..”
Mak Leha tunduk, mencari suara dalam semak.
Sah. Memang anak tinggalan. Bukan anak pohon buluh. Bukan anak pohon semalu.
Sah. Ini anak buangan.
Mak Leha kendong. Tangannya menggigil. Air
mata deras mengalir. Jatuh menitik pada Ratna. Semut berlari ke atas kerudung
Mak Leha. Mak Leha tak peduli semut yang itu. Kerana semut di badan Ratna Mak
Leha lebih khuatir. Berpisat-pisat Mak Leha
buang satu persatu semut kelaparan. Mak Leha kenyit sehingga habis perut semut pecah. Air mata jatuh mencurah lagi. Ratna
masih menangis. Kesakitan di gigit semut dan mungkin tangisan kerana
ditinggalkan!
ratna sang ratu
ReplyDelete