Kerana saat ikatan melemah,
saat keakraban kita merapuh.
Saat salam terasa menyakitkan,
saat kebersamaan serasa siksaaan,
saat pemberian bagai bara api,
saat kebaikan justeru melukai.
Aku tahu, rombeng bukan ukhuwah kita.
Hanya iman kita yang sedang sakit, atau tak mengerti..
Sunday, 18 August 2013
Friday, 19 July 2013
Hari Baik
Atas doa yang telah dipintalkan pada Tuhan
Hari ini aku dianugerahkan hari yang baik
Hati tenang.
Alhamdulillah
Hari ini aku dianugerahkan hari yang baik
Hati tenang.
Alhamdulillah
Thursday, 18 July 2013
Inspirasi
Saya mahu hati dilapangkan Tuhan seperti dia.
Tak perlu rasa khuatir tentang pelbagai perkara
Tak perlu tiap-tiap malam menangis sendirian
Tak perlu berpura-pura tenang dan tabah.
Saya hanya mahu setenang dia
Tidak resah tentang semua perkara ini
Boleh tak awak, ajarkan kita bagaimana caranya menjadi setenang awak?
T_T

Tuesday, 16 July 2013
Berbekalkan Tawakal
Saya serahkan seluruh hidup saya pada Tuhan.
Saya harap segala rencana yang telah saya buat ianya berjalan lancar dan dipermudahkan
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
"YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."
Amin..

Bahagia
Aku lihat orang kurang siuman itu badannya
gemuk berisi.
Aku lihat dia dalam keadaan senang.
Aku lihat dia tidur di kaki lima. Dia berdengkur menandakan tidurnya sangat
lena.
Aku lihat dia memakai pakaian lusuh dan
compang camping
Aku lihat dia tanpa sepatu berjalan mundar
mundir.
Aku lihat dia sendirian. Tidak menghiraukan
orang lalu lalang.
Kemudia aku teringat pada seorang jiran
yang aku temui bebarapa hari lepas.
Aku lihat rumahnya yang besar dan mewah.
Aku lihat wajahnya murum
Aku lihat dia mempunyai kereta dan pemandu
Aku lihat badannya kurus tidak bermaya
Aku lihat dia jarang tersenyum
Aku lihat dia sentiasa bercakap dengan
seseorang di telefonnya. Wajahnya berkerut-kerut. Aku lihat dia sangat gusar
dan khuatir.
Mungkin, ada orang kaya tapi hatinya hiba
Boleh jadi juga ada orang miskin tapi
hatinya senang.
Jika dilihat pada aku, aku juga banyak
rencana.
Mahu itu mahu ini.
Berhajat untuk itu berkeinganan pada ini.
Namun. Aku faham apa saja yang akan aku
jalani hari ini perlu pada panduan.
Tempat baru
Tak tahu mahu menyesuaikan diri bagaimana.
Mahu senyap atau ramah.
Mahu bersama atau berasingan.
Monday, 15 July 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)