Wednesday, 8 May 2013

Buta

Banyak orang yang sedang susah saya temui hari ini. Dan ada sesetengah daripada mereka saya beri pertolongan hanya apa yang termampu.

Dan hari ini, saya juga mengalami beberapa kesulitan. Awalnya, semuanya dimudahkanNya, sehinggalah perjalanan dan urusan menjadi sukar. Iya, saya fikir itu sukar. Itu cuma tekaan saya.

Selesai urusan saya diluar, saya balik ke rumah. Menunggu bus dari jam 3 berubah ke jam 5. Saya masih cuba bersabar. Dan di hadapan saya, Allah tunjukkan beberapa insan lain yang lagi susah. Ibu bersama dua orang anak yang masih kecil; mak cik yang sedang uzur mengendong beberapa beg; dan orang tua yang kakinya mungkin cedera sedang menahan terik mentari. Sedang saya hanya menjinjing handbag di bahu. Dan masih mampu membeli air mineral menghilang dahaga. Allah Allah Allah

Apakah sakit kita terlalu sakit?
Apakah perit kita terlalu perit?
Apakah derita kita terlalu derita?
Apakah dugaan kita sudah tak terduga?

Dan saat itu saya masih mengeluh dan menangis, Seakan saya mengalami pahit yang terlalu sakit..walhal, ia cuma sedikit. Cuma disebabkan buta mata hati..

" Kita fikir hanya susah kita..kita lupa bahawa insan lain lagi susah, 
Kita fikir ujian sebegini tidak layak bagi kita..kita lupa bahawa insan lain tak pernah merungut dengan apa yang Allah timpakan pada mereka.."

Hanya selepas sebentar tadi, selang beberapa minit sebentar tadi..Allah bukakan pintu hati saya. Dan Alhamdulillah, ia masih tak terlewat..saya masih disini. Masih sihat seperti sebelum ini. Cuma hati, masih perlu dibaiki..
Ad-Dhuha Ayat : 11
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut sebagai bersyukur kepada-Nya.

Thursday, 14 March 2013

Syukur

Tuhan,
 mencintai-Mu seolah-olah 
aku telah dapatkan seluaruh dunia dan segala isinya.


"Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.."

Suntuk

Senyum lah,
Tatkala hati makin resah

Senyumlah
Saat semua hanya pandai menutur madah

Senyumlah
Pada rasa yang menggundah

Wahai Tuhanku
Apakah masih ada disisi-Mu
Rahmat buat ku?
" ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي  "
Permudahkanlah yang sulit buat ku Tuhan 




Sunday, 3 March 2013

Salah

Adakah aku juga yang bersalah atas semua kesalahan yang telah kamu lakukan ke atas aku?
Adakah aku juga yang bersalah atas apa yang terjadi sebelum ini dan hari ini..
Adakah aku juga yang perlu memenuhi  segala tuntutan kamu sedangkan tuntutan aku tak pernah kamu ambil tahu ataupun peduli..
 
Hidup adalah pilihan. ya, aku bisa saja memilih untuk menghadapi semua perkara dengan gembira ataupun berduka.

Senyum adalah satu kudrat yang hanya aku lantunkan pada mereka. Sedang mereka tak pernah tahu gelojak hati. Pandangan yang silih berganti, jatuh pada hati. Ia hanya sekejap. Dan semuanya kembali kelam.

Sama saja waktu dahulu. Raut wajah yang sama.Cuma rasa yang sudah berbeza. Tak ada lagi sesal. Dan tak ada lagi dendam.

Usai sudah semuanya, aku memilih untuk pamit.

Thursday, 31 January 2013

Rahsia

" Cinta itu senyuman dari luar dan dalam "

Belati senyap

Nafas berat
hati hancur
Rasa susah
Rasa gundah

Mgkin tak perlu dilayankan rasa itu..
Rasa kecewa, patah hati dan cemburu

Mungkin kalau untuk sekejap-sekejap cuma
Ia akan mencetuskan satu rasa yang positif
Keadaan di mana seseorang mahu bangkit selepas mengalami kegagalan

Tak perlu terlalu lama berada didalam zon kegelapan
Bangun dan bangkit
Capai dan dakaplah keinginan apa yang mahu kita capai

Berlari kehadapan, cuma sessekali kita perlu berpaling
Supaya kita masih ingat, kegagalan itulah yang membawa kepada kejayaan yang lebih besar

Sangat banyak perancangan di kepala..
Sehingga meletakkan keutamaan kepada Allah ke tempat yang kedua..

Apa salahnya, dahulukan Allah
Dan biarkan apa yang dirancang 
Ditentukan Allah kejadiannya..
Doa, usaha dan tawakal
Itulah formulanya..
"Tuhan, saat rasa *sakit itu mendekat
Kau padamkan keluh kesah di bibirku

Tuhan, saat hati rasa sudah tak berdaya
Kau padamkan luka padanya"

Aku adalah kenangan lama yang akan menghancurkan kamu
Aku adalah sesuatu yang buruk yang tak perlu kamu simpan
dan aku adalah anasir jahat yang selalu merasuk dalam jiwamu
Moga kau selalu beringat tentang Tuhan, mengabdikan diri sepenuhnya pada PenciptaMu
Maka aku akan pergi, tinggalkan kamu dalam keadaan baik

Tuesday, 22 January 2013

Impian


Semoga terus-terusan aku didampingi mereka yang baik.
Menyejuk hati dan menemani setiap hari. 

Allah, moga tahun ini berakhir dengan
kebaikan dan moga tahun yang akan aku
lalui nanti adalah tahun keberkatan.

***
Saya berhajat. 
Tahun 2013 tahun penuh dengan impian. 
Moga Allah perkenankan.